
DUBAI – Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di sebuah menara kediaman Ah Nahda di Sharjah.
Kejadian itu menyebabkan seramai tujuh orang cedera.
Berpuluh-puluh jentera bomba dan dron dilaporkan berada di kawasan berkenaan.
Video yang tular di laman sosial menunjukkan serpihan terjatuh dari menara Abbo Tower yang setinggi 48 tingkat.
Penghuni-penghuni di menara berkenaan berjaya dikeluarkan.
Malah penduduk di lima menara di kawasan berhampiran turut diminta keluar dari kediaman masing-masing.
Setakat ini punca kebakaran belum diketahui. – MalaysiaGazette