Home Nasional Abah masih di ICU, doakan abah – Firdaus

Abah masih di ICU, doakan abah – Firdaus

Datuk Ismail Kamus

KUALA LUMPUR – Tokoh agamawan, Datuk Ismail Kamus masih lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke ICU sejak  26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Berikutan itu, anak lelakinya, Firdaus Ismail memohon orang ramai terus mendoakan kesihatan ayahnya.

Menurut beliau, doktor memaklumkan ada pengurangan toksin dalam badan ayahnya selepas beliau menjalani dialisis.

”Menurut doktor lagi jantung masih lemah dan masih diberikan ubat untuk sokongan.

”Kami membuat keputusan untuk terus kekal di ICU selagi tidak memerlukan alat sokongan pernafasan.

”Mohon semua untuk terus berdoa untuk abah. Doktor akan sentiasa update (memaklumkan) perkembangan abah dari masa ke semasa,” ujarnya yang berkongsi keadaan Ustaz Ismail menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette