Home Nasional Jabatan Kesihatan Melaka nafi arahan saringan di Masjid Tanah

Jabatan Kesihatan Melaka nafi arahan saringan di Masjid Tanah

Foto hiasan

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menafikan telah mengeluarkan arahan untuk diadakan program saringan COVID-19 di Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini, seperti yang tular dan disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp serta media sosial yang lain semalam.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ismail Ali menerusi kenyataan hari ini berkata jabatan itu tidak pernah mengeluarkan hebahan berkenaan kepada orang awam yang telah mengunjungi sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

“Bagaimanapun sesiapa yang terdedah kepada faktor-faktor risiko jangkitan COVID-19 dan mempunyai simptomĀ  berkaitan, mereka dinasihatkan untuk datang menjalani pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Untuk maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara itu, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau emel [email protected],” katanya.

— BERNAMA