WASHINGTON – Jeneral tentera Amerika Syarikat memaklumkan pihaknya masih tidak pasti sama ada koronavirus berpunca daripada sebuah pasar basah di China, makmal atau pun punca lain.
Tetapi beliau berpandangan bahawa virus itu bukan buatan manusia.
”Apakah virus berpunca dari makmal virologi di Wuhan? Adakah ia berlaku di pasar basah di Wuhan? Adakah ia berlaku di tempat lain? Dan jawapannya adalah: Kami tidak tahu,” kata Mark Milley, Ketua Ketua Staf Gabungan, pada sidang akhbar.
Tambahnya, pemerintah negara itu sedang meneliti tentang perkara tersebut.
Kenyataan Milley bertentangan dengan penilaian Setiausaha Negara, Mike Pompeo yang mendakwaa terdapat “sejumlah besar bukti” bahawa koronavirus baharu itu adalah dari makmal China. – MalaysiaGazette
Dan semua propaganda yang mengatakan bahawa virus itu dari binatang kelawar dipasar basah Wuhan tidak benar sama sekali. Ini maklumat dari penduduk Wuhan sendiri bahawa pasar itu pada waktu itu tidak menjual kelawar. Virus itu kemungkinan dari kelawar tetapi ia tidak terdapat dipasar basah Wuhan pada waktu itu. Jadi memang tepat sekali bahawa tiada sesiapa yang boleh mengenal pasti punca virus ini.