Home Politik MIC tidak ‘puas hati’ dengan PN

MIC tidak ‘puas hati’ dengan PN

V Gunalan

KUALA LUMPUR – Bagaimanakah nasib masyarakat India di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

Parti terbesar masyarakat India, MIC seolah-olah tidak mempunyai jawapan tentang hala tuju di bawah kerajaan baharu ini.

Kemelut politik yang sedang melanda negara tidak begitu menonjol kerana sibuk memerangi wabak Covid-19 pada masa ini, bagaimanapun keretakan tampak jelas.

Sebagai contoh, MIC yang juga sebahagian daripada kerajaan, seolah-olah terpinggir apabila hanya diberikan satu jawatan Menteri.

Walhal ketika Pakatan Harapan (PH) masih menerajui negara, sekurang-kurangnya empat jawatan Menteri diberikan untuk menangani isu-isu berkaitan komuniti itu.

Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, V Gunalan berkata, beliau sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh memberi gambaran masa depan masyarakat India.

Kata Gunalan, MIC yang berjuang untuk masyarakat India untuk sekian lama, malah sebelum kemerdekaan lagi, seolah-olah hilang ‘suara’ dan haknya dalam kerajaan hari ini.

“Jadi saya sendiri tidak begitu pasti apakah pula nasib keseluruhan masyarakat India di negara ini, apakah hala tuju mereka dan adakah kebajikan serta hak mereka akan terjamin selepas ini, saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.

“Saya boleh berikan kepada anda contoh apa yang sedang berlaku dengan MIC sendiri. Setakat ini, kami hanya diberikan satu jawatan Menteri, lain-lain termasuk Timbalan Menteri mahupun Ahli Dewan Negara juga tidak diberikan seperti kebiasaan.

“Jangan cerita tentang jawatan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedangkan jika sebelum ini tidaklah kami di anak tirikan seperti ini. Bukanlah kami ‘tergilakan’ jawatan, bukankah ini satu pengiktirafan kepada kami dan masyarakat India?

“Apa yang peliknya pula, ada juga parti lain dalam PN dilonggokkan pula dengan pelbagai jawatan kerajaan, GLC dan yang lain-lain, adakah mereka sahaja yang akan berjuang untuk rakyat sedangkan politik dalaman sendiri tunggang langgang.

“Rata-rata masyarakat India sendiri juga menyedari tentang perkara ini dan pernah banyak kali menyoal tentangnya namun kita sendiri tidak ada jawapan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Gunalan, kemelut politik dalaman masih lagi menghantui PN, dan kepimpinan kerajaan ketika ini tidak seperti yang di harapkan.

“Ingat lagi bagaimana kami dari MIC bertungkus lumus membawa balik rakyat kita yang terkandas di India ketika penularan Covid-19 di seluruh negara?

“Bukan sahaja pelajar dari dalam kalangan masyarakat India di India, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka, sebaliknyua kaum lain juga di bawa pulang dengan selamat melalui pelbagai rundingan dan peruntukan berjuta-juta datangnya dari MIC bukannya kerajaan.

“Apa maksudnya itu? Anda langsung tidak bantu kami ketika ada krisis dan berharap kami selesai sendiri, pastinya kami tidak berharap sebaliknya pastikan rakyat kita dibawa pulang melalui peruntukan MIC dan dana melalui MIC serta selain sumbangan umum. Kamu harap kami selesai sendiri sedangkan ini adalah isu rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Ketika krisis Covid-19, kami sendiri turun padang, gunakan segala dana serta tenaga kami sendiri tanpa sebarang campur tangan mahupun bantuan daripada kerajaan. Kami tidak diberikan apa-apa sebenarnya.

“Jadi nasihat kepada saya kepada masyarakat India, jangan begitu bergantung harap dengan kerajaan ketika ini, saya sehingga kini kabur apakah jenis peruntukan telah diperuntukan untuk komuniti kita.

“Saya juga tidak begitu pasti apakah jenis perancangan, kebajikan, hala tuju untuk mengangkat serta membela masyarakat India yang juga merupakan kaum ketiga terpenting negara ini sedangkan suara kami juga tidak didengari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Gunalan berkata, MIC akan kembali fokus dalam memperkasakan ahli-ahli parti itu dan berjuang menjaga kebajikan komuniti India di negara ini.

“Itu yang kami lakukan ketika menjadi pembangkang. Sekarang rasanya itulah yang terbaik boleh kami lakukan, akhir sekali ahli-ahli partilah yang menjadi tunjang dan kepentingan kami.

“Biarlah kerajaan yang ada kini selesaikan semua isu serta kebajikan masyarakat India, saya pasti mereka ada perancangan, jadi biarlah mereka sahaja lakukan itu dan kami fokus dalam jaga parti kami.

“Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) tidak lama lagi, seperti rakyat di luar, kami juga tidak mahu tertunggu-tunggu atau ‘mengemis’ jawatan mahupun peruntukan, biarlah kami jaga parti kami sendiri.

“Mungkin kita juga perlu berbincang apakah yang perlu dilakukan seterusnya dalam kerajaan PN yang pada saya sebenarnya tidak menghormati mahupun mengiktiraf masyarakat India secara keseluruhannya.

“Mungkin kita akan berbincang dalam mesyuarat adakah masih perlu untuk kami terus berada dalam PN jika keadaan ini berterusan seperti ini, kami telah beberapa kali menyuarakan isu-isu berkaitan masyarakat India kepada PN, ianya tidak diberi fokus atau di titikberatkan selama ini. ” tegasnya. –MalaysiaGazette

15 Komen

  1. Kalau MIC nak jawatan kena lah menang pilihanraya…kalau nak bandingkan dgn PH mmg lah beza sebab org India dlm DAP & PKR berlambak…kalau nak jawatan MIC kenalah buktikan anda dapat sokongan masyarakat India…

  2. Bro shake.. Betul kata anda.. Nak jawatan menteri kena tunjukkan bahawa ada ada sokongan dari orang2 india.

  3. Nasib baik ada satu menteri. Nak ikutkan tak layak langsung. UMNO yang jadi parti terbesar pun hanya ada 9 menteri. Tunggu pilihanraya lah menang banyal kerusi baru boleh ada ramdi menteri. Berapa banyak PH jolok untuk isu ni.

  4. Xreti.nk sabaq ka sedara?..PN wujud slm masa covid-19 tgh memuncak..itulah yg jd fokus utama PN..klu fokus nk berpolitik masa tu, agak2 cmna keadaan Malaysia skrg..ada lg penting nih..dhla kerusi yg menang PRU pn ciput

  5. Tgok MIC 1 dan MCA 2 kerusi menang…
    Takkan nk dpt byk kerusi. UMNO dpt byk kerusi pun dpt ciput. Skg kita fokus mng PRU15.

  6. Thamby V Gunalan kau tak nampak ke apa yang berlaku sekarang? Jangan lah jadi bodoh sangat nak memperbesarkan isu2 perkauman. Selesaikan kes COVID ni dulu la tambi…. bodoh punya orang. (terpaksa guna ayat kasar)

  7. Kalau beri jawatan menteri pun bukan reti buat kerja, hanya reti himpun jawatan utk kroni di dalam pejabat dan bergaduh sesama sendiri sahaja. Selama ini kaum India terbiar ker? apa yang Melayu dapat semua India dapat.

  8. Itu tahun dulu kata MIC sama MCA mau keluar dari BN, ugut punya ugut tak jadi keluar juga.
    Kaum India ramai tak sokong MIC sebab apa?
    Kerja mesti kuat dan rajin, rasuah dan kes lama mesti bagi selesai. Lagi pun itu kes antara dua derajat bila mau habis. Sabotaj sama sendiri.
    MIC ingat masih kuat macam zaman Samy ka?
    Itu Velpari Ada sama macam bapa dia ka?
    Berapa ramai India ikut kata DAP sama PKR, Cuba bagi makluman sedikit?
    Jadi, Gunalan buat sikit study baru cakap. Kaum India sudah ramai tinggalkan MIC, mesti Ada sebab?

  9. Hey thamby, lbh baik lu diam. MIC sendiri pun tidak diterima oleh pengundi india. Lu byk ckp pulak. Buktikan mic diterima oleh masyarakat india melalui pru. Jgn asyik bercakap jer lbh habuk pun tara..!!!.

  10. Woii aney… Kerajaan PN adalah kerajaan utk semua rakyat Malaysia. Dah tentu kerajaan akan jaga semua kebajikan utk semua kaum. Tk timbul kerajaan ini hanya utk jaga kaum melayu dan bumiputera saja. Contoh diKelantan dan Terengganu walaupun tiada wakil kaum india dan cina dlm kerajaan, tapi nasib kaum tersebut tetap dijaga. Tk payah la nk tuntut jawatan kononnya supaya dpt jaga kaum tertentu. Selama ini org melayu tk pernah pinggirkan kaum lain pun. Sbb itulah semua kaum dpt hidup aman damai diMalaysia ni.

  11. MIC lu sapa.
    Ada bangsa imdia kenal MIC…??
    Menang hanya satu dua kerusi nak banyak jawatan menteri. Porak kau…!!
    Dasar tak tahu di untung.
    Dalam PH dahulu dapat banyak jawatan dari kaum india kerana kerusi DAP PKR menang ramai dari kaum India. Bro jangan minum todi banyak sangat nanti cakap pun merapu….
    Porah!! Porah…

    kaum India.

  12. Ultra Rich Asian Girls in vancouver TV show

    ‘Butterfly child’ Jonathan Pitre on his way to Minnesota for treatmentTo steel himself for the year long journey that began sunday, Jonathan Pitre has been going over the hard calculus that underpins his decision to pursue a risky proposition, High reward treatment solutions in Minnesota

    Ottawa Hospital administrators promise better food after trying itOttawa Hospital CEO Dr. Jack Kitts recently ate hospital food and you won believe what actually transpired next. suitably, if you’ve ever eaten hospital food, You likely will.

    An Ottawa couple share their experience of SIDSWhen he woke up in tears the morning after he had cried himself to sleep, Rohit Saxena knew what he to do. coming out of his wife, Lesley, Asleep between the sheets, Rohit took the train downstairs, Opened his laptop and began to publish. Say your young ones are your hearts outside your body, He has written. turn out to be [ / positions list >

    Vaughn Palmer: overwhelmed forestry workers vent on Trevena, NDP’s insufficient a lifelineOPINION: When the cupboard convenes next week, The NDP could install a silver screen TV and watch Claire.

    displayName

    Postmedia wants to increase your reading experience as well as share the best deals and promotions from our advertisers with you. the info below will be used to optimize the content and make ads across the network more relevant to you. You can always change the content you share with us by editing your profile. Epaper, a digital Access, client Rewards), Please input your Print Newspaper ongoing phone number and postal code.

    smart phone

    addressPostalCode

    By simply clicking “Create bank account, I hearby grant permission to Postmedia to use my details to create [url=http://antiscam.chnlovereview.com/how-to-impress-your-chinese-girl-on-your-first-date/]chinese datings[/url] my account.

    I also accept and agree to be bound by Postmedia’s stipulations with respect to my use of the Site and I have read and understand Postmedia’s Privacy Statement. I consent to the range, incorporate, upkeep, [url=http://www.chnlovecomplaints.com/an-insight-on-men-and-womens-attitude-to-china-marriage/]chinese date[/url] And disclosure of my information as outlined by the Postmedia’s Privacy Policy.

    newPasswordConfirm

    Postmedia wants to enhance your reading experience as well as share the best deals and promotions from our advertisers with you. the data below will be used to optimize the content and make ads across the network more relevant to you. You can always change the feedback you share with us by editing your profile. Epaper, computer Access, client Rewards), Please input your Print Newspaper subscription phone number and postal code.

    cell phones

    addressPostalCode

    captcha

    By right-clicking “Create site, I hearby grant permission to Postmedia to use my details to create my account.

    I also accept and agree to be bound by Postmedia’s conditions and terms with respect to my use of the Site and I have read and understand Postmedia’s Privacy Statement. I consent to the gathering, practice, additional, And disclosure of my information as per the Postmedia’s Privacy Policy.

Comments are closed.