Home Utama Pekerja asing tanpa dokumen bersembunyi daripada saringan?

Pekerja asing tanpa dokumen bersembunyi daripada saringan?

Warga asing Etnik Rohingya berjalan keluar untuk membuat saringan kesihatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan untuk mewajibkan ujian COVID-19 ke atas semua pekerja asing telah menimbulkan pelbagai reaksi dengan perhatian terutamanya diberikan kepada pekerja tidak mempunyai dokumen dan mereka yang tidak mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Oriental Daily melaporkan, di Pasar Pudu di Kuala Lumpur yang merupakan salah satu pasar terbesar di ibu negara, pekerja asing tanpa izin telah melarikan diri ke tempat lain sebelum pihak berkuasa menutup semua laluan keluar masuk.

“Ramai pekerja yang tidak mempunyai permit kerja atau dokumen perjalanan bimbang dikenakan tindakan atau dihantar pulang ke negara asal, mereka telah melarikan diri,” kata Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Presiden Master Builders Association Malaysia (MBAM), Foo Chek Lee pula berkata, majikan dalam sektor pembinaan yang menggaji pekerja asing tanpa izin kebanyakannya adalah kontraktor kecil yang gagal memohon pekerja sah.

Beliau berkata, kerja pekerja asing tersebut telah dihentikan sementara waktu oleh majikan, dan mereka mungkin sedang bersembunyi selepas kehilangan mata pencarian.

“Jika mereka bersembunyi, maka adalah amat susah untuk menjejak mereka dan kesannya adalah besar jika ada dalam kalangan mereka yang terjangkit,” katanya kepada Oriental Daily.

Beliau berkata, kerajaan justeru harus mempertimbangkan supaya menanggung kos ujian COVID-19 untuk pekerja asing tanpa izin.

“Adalah lebih baik jika kerajaan membelanjakan antara RM1 juta hingga RM2 juta untuk menanggung kos ujian bagi pekerja asing tanpa dokumen ini.

“Dengan demikian, kerajaan dapat mengetahui kedudukan pekerja asing tanpa izin serta memastikan mereka tidak dijangkiti atau menjangkit kepada orang lain,” katanya.

Menurutnya lagi, satu lagi masalah adalah kekurangan kemudahan ujian yang menyebabkan pekerja asing mungkin perlu menunggu berbulan-bulan lamanya sebelum mula bertugas, selepas mendapatkan hasil ujian COVID-19.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pertanian Cameron Highlands, Zhong Nan Feng berkata, terdapat 20,000 pekerja asing dalam sektor pertanian di Cameron Highlands dengan 9,000 orang adalah pekerja sah.

“Ia merupakan satu kos yang besar jika majikan perlu menanggung RM400 seorang untuk ujian COVID-19,” katanya yang mencadangkan pemberian 50 peratus subsidi untuk ujian kesihatan tersebut. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pati adalah biawak idup yang nak ditanggung. Jangan zalimi mereka.. Hanya tembak je jika perlu.

  2. alasan menggaji pendatang asing tanpa izin sbb gagal memohon pekerja sah boleh diterima ke??negara nie xde undang2 ke??
    haramjadah mmg sanggup buat apa pun demi mengaut keuntungan berlipat ganda,haramjadah lebih suka menggaji pati berbanding rakyat tempatan sbb nk kaut untung,tp bila jadi mcm nie tahu pulak nak mintak tolong kerajaan,nak suh kerajaan bertanggungjawab??
    woi haram,klau korang semua xmenggaji dan xlayan pati yg dtg,confirm pati xramai mcm yg ada dalam negara hari ni,korang hanya fikir keuntungan,xfikir langsung rakyat tempatan dan negara,
    kerajaan pun kayu,lembab
    ambillah tindakan yg tegas kt haramjadah2 yg menggaji pati,blacklist nama mereka,
    tangkap semua pati dan hantar balik semuanya,
    negara nie ada undang2,
    kalau rakyat dikenakan tindakan undang2 atas segala salahlaku,
    knp tidak pada warga asing???
    sepatutnya warga asing dihukum dua kali ganda lebih berbanding rakyat atas setiap salahlaku,blacklist semua warga asing yg ada rekod salahlaku,
    bila la semua pihak2 yg berkenaan nk buka mata

  3. Kerajaan boleh tanggung ujian Covid-19 untuk PATI, akan tetapi sanggup ke PATi serah diri untuk dihantar ke pusat tahanan imigresen.

Comments are closed.