Home Politik Prestasi merudum – PNB kini di bawah Azmin atau Mustapa?

Prestasi merudum – PNB kini di bawah Azmin atau Mustapa?

Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – PNB sudah tidak cemerlang, kata Tan Sri Shahrir Samad.

Ini kerana, pada tahun 2019, pendapatan bersih Permodalan Nasional Berhad (PNB) jatuh hampir 37% berbanding tahun 2018.

Bagi tahun 2018, dividen yang dibayar olih PNB kepada pemegang amanah sahamnya juga antara yang terendah dalam sejarahnya.

Tapi ketika itu, kata Shahrir,  pengurusan ekonomi dan kewangan tempoh tahun 2019 sepenuhnya di bawah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Azmin Ali dan Lim Guan Eng.

Menteri Ekonomi Pakatan Harapan (PH) menyalahkan isu-isu lama yang menyebabkan pembayaran dividen tidak sehebat dulu walaupun prestasi PNB menurun sejak pertengahan 2018, seiring dengan penurunan ekonomi negara terutama dari segi pulangan kepada pelaburan ekuiti dan aset-aset lain.

”Bukanlah satu pasukan yang terhebat sekali tetapi merekalah yang paling kuat kedudukan politik mereka di kalangan pemimpin PH ketika itu. Jadi politik jugalah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, menurutnya, pengurusan ekonomi mereka tidak hebat mana kerana PNB tidak cemerlang sepanjang tahun 2019.

“Belum lagi difikirkan tentang tahun 2020,” katanya yang tertanya-tanya pengurusan PNB kini di bawah siapa – sama ada Azmin atau Datuk Seri Mustapa Mohamed.

”Azmin Ali sekarang ialah menteri “supremo” ekonomi tapi ianya tidak jelas samada PNB di bawah tanggungjawabnya atau di bawah Datuk Mustapa.

”Kedua-dua mereka tidak hadir semasa pembentangan prestasi PNB bagi tahun 2019. Hanya Tan Sri Zeti dan Ketua Eksekutif PNB yang terbaru,” kata veteran UMNO itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dlm PR dlu pun azmin tak mampu nak menyaingi TSKI dlm membentuk ekonomi..

Comments are closed.