Aktiviti pengedaran dan penjualan cecair perisa vape disyaki mengandungi ganja dan ketamin menggunakan tiga laman sesawang e-dagang popular berjaya ditumpaskan polis.
Dalam operasi Ops Slayer pada 29 dan 30 April lalu, sepasukan 14 pegawai dan 55 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya menangkap 17 orang individu yang aktif memperdagangkan produk terlarang itu sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).