KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman Twitter mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Salam takziah kepada keluarga YB DS Abu Bakar bin Harun, Adun Chini yang telah kembali ke Rahmahtullah awal pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. ALFATIHAH,” katanya
Berita kematian itu turut dikongsi ADUN Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.
“Dukacita dimaklumkan sahabat kita, YB DS Abu Bakar bin Harun/Adun Chini telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Sedih, tapi Allah lebih menyayanginya,” tulis beliau.
Berita lanjut menyusul..
— MalaysiaGazette