KUALA LUMPUR – Tidak timbul UMNO mahu meninggalkan kerajaan kerana pembentukan kerajaan sekarang berjaya menyelamat dan membebaskan negara daripada parti chauvinis DAP dan kerakusan PKR untuk menaikkan presidennya sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya, UMNO akan tetap terus pertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga PRU-15 bagi memastikan kerajaan yang berpaksikan Islam dan Bumiputera ini mampu memulihkan segala kerosakan yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, UMNO mahu memastikan nasib rakyat berbilang kaum mampu dibela terutamanya pasca Covid-19 yang mula merubah lanskap kehidupan ekonomi dan sosial masyarakat.
”PN sehingga hari ini tetap kekal sebagai sebuah gabungan ahli-ahli Parlimen yang mewakili dan membawa mandat parti-parti politik masing-masing dalam membentuk kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Bagaimanapun, Asyraf berkata, PN tidak sama dengan Barisan Nasional (BN) mahupun Muafakat Nasional (MN).
Barisan Nasional adalah parti politik berdaftar yang dibawahnya merupakan parti-parti yang bergabung secara rasmi khususnya UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
PN juga tidak sama MN walaupun MN tidak berdaftar seperti juga PN tetapi MN adalah suatu kesepakatan rasmi yang diikat melalui sebuah piagam yang termeterai antara UMNO dan Pas.
Pembentukan MN juga melalui proses yang panjang termasuklah proses mind-conditioning’ dalam kalangan ahli melalui ratusan siri-siri ceramah di semua peringkat selama lebih setahun, dibahaskan di Persidangan Agong parti masing-masing, diperhalusi oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Majlis Syura parti sebelum dimuktamadkan dalam bentuk Piagam Kerjasama.
Katanya, cadangan pembentukan PN secara rasmi juga seharusnya melalui proses yang sama kerana tidak mudah untuk parti-parti politik khususnya UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mewujudkan sebuah gabungan seperti mana BN mahupun MN.
Ini kerana, kebanyakan Ahli-ahli Parlimen Bersatu hari ini merupakan mereka yang dahulunya menang PRU-14 atas tiket parti UMNO-BN sebelum melompat parti.
”Keputusan untuk mendaftarkan PN secara rasmi juga perlu mengambil kira krisis dalaman Bersatu ketika ini yang mengundang persoalan sejauh mana Bersatu mampu bertahan dalam PN, terutamanya setelah pendirian rasmi dikeluarkan Pengerusinya sendiri dan Armada yang menolak kerjasama dengan UMNO dan mahu kembali kepada PH.
”Presiden PPBM juga sedang dicabar anak kepada Pengerusi Bersatu sendiri dalam pemilihan parti mereka akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Boleh aje kerjasama U MNO BERSATU dengan syarat BERSATU sepak keluar PENGERUSI BERSATU.. Yang sibuk terhegeh hegeh nak balik PH tu pengerusinya sahaja. Yang makan dan minum bersama DAP. dan jadigN orang melayu merempat dan kesempiran hidup. AYUH HANCUrKAn BANGSA MELAYU dan rampas segala kesenangsn yang ada. Kau tunggu kami rakyat nak ajar kau dan keturjnan kau.
kerosakan banyak dibuat oleh umno kerana rasuah curi dan rompak . Jangan nak kaitkan dengan PH yang baru memerintah.Tiada pemimpin PH yang didakwa dengan kerja hina seperti yang dibuat.oleh pemimpin PH..Apa yang dibuat oleh umno dan pas untuk membentuk PN.kerana kemaruk kuasa, terdesak kuasa dan berhati busuk mahu campur tangan dalam rumah tangga PH demi.ambil kesempatan dan demi kepentingan diri. Allah Maha mwngetahui apa yang ada dalam hati manusia