Home Ekonomi DoJ dapatkan semula AS$49 juta dana milik 1MDB

DoJ dapatkan semula AS$49 juta dana milik 1MDB

logo 1mdb
Gambar hiasan

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) telah mencapai penyelesaian lebih daripada AS $49 juta dana milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diselewengkan, kata Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

DoJ dalam satu kenyataan bertarikh semalam berkata, ia telah menyelesaikan kes pelucutan sivil terhadap aset yang dibeli oleh bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi, dengan menggunakan dana yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB dan penggubahan wang melalui kewangan institusi di beberapa bidang kuasa, termasuk AS, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.

IPIC telah menjamin bon untuk 1MDB pada tahun 2012, yang diatur oleh Goldman.

Al-Qubaisi dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun pada tahun 2019.

Dengan ini dan kes kehilangan yang berkaitan sebelumnya, AS akan memperoleh semula atau membantu dalam pemulihan aset hampir AS$1.1 bilion yang berkaitan dengan 1MDB, rampasan terbesar yang pernah dilakukan oleh badan perundangan itu, kata DoJ.

Atlantic Property Trust, yang mengawasi aset-aset yang lucuthak itu telah bersetuju untuk melucutkan semua aset tertakluk kepada aduan pelucutan yang masih belum selesai, yang mana mereka mempunyai potensi kepentingan.

Pemegang amanah, yang merupakan isteri al-Qubaisi, juga diminta untuk bekerjasama dan membantu DoJ dalam pemindahan, pengurusan dan pelupusan aset yang berkaitan dengan teratur, kata DoJ.

Aset yang tertakluk pada perjanjian penyelesaian termasuk hasil penjualan harta tanah mewah di Beverly Hills dan juga penthouse mewah di New York City yang didakwa diperoleh oleh al-Qubaisi dengan dana penyelewengan wang 1MDB, kata agensi itu.

Penolong Peguam Negara, Brian A Benczkowski dari Bahagian Jenayah agensi itu berkata, penyelesaian itu “menunjukkan isyarat jelas bahawa DoJ komited untuk mengesan, merampas, dan melucutkan hasil jenayah yang dibuat melalui sistem kewangan AS.”

DoJ memaklumkan beberapa aduan pelucutan sivil masih belum selesai membabitkan aset- aset yang berkaitan dengan rakan konspirasi yang lain. – MalaysiaGazette