Home Ekonomi Etiqa tawar penangguhan bayaran premium

Etiqa tawar penangguhan bayaran premium

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Etiqa Insurace dan Takaful menawarkan penangguhan bayaran premium dan sumbangan selama tempoh tiga bulan bagi meringankan beban para pelanggan dalam menangani wabak Covid-19.

Tawaran itu untuk pelanggan yang mempunyai pelan melebihi 12 bulan dan bayaran distruktur sebagai bayaran tetap.

Etiqa juga menawarkan subsidi RM300 untuk ujian saringan Covid-19 untuk pelanggan yang mengambil pelan Perubatan Manfaat Pendapatan Kemasukan Hospital/Tunai Hospital dan Penyakit Kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamaludin Ahmad berkata, bantuan tunai sebanyak RM5,000 sekiranya pelanggan didiagnosis Covid-19 (bagi mereka yang mengambil pelan Perubatan Manfaat Pendapatan Kemasukan Hospital/Tunai Hospital dan Pelan Perjalanan).

”Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam tempoh ini dan kita perlu bekerjasama untuk memutuskan rangkaian penularan wabak pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette