Sebanyak 135 kes baharu sembuh daripada wabak Covid-19 yang discaj dan dibenarkan keluar daripada wad hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh daripada wabak berbahaya itu kepada 4,702 kes atau 73.15 peratus. Sementara itu, sebanyak satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan dengan wabak Covid-19 dicatatkan setakat jam 12 tengahari, hari ini.