Home Sukan Dybala akhirnya bebas Covid-19

Dybala akhirnya bebas Covid-19

Paulo Dybala

LONDON – Pemain sayap Juventus, Paulo Dybala akhirnya bebas wabak Covid-19 selepas lebih enam minggu disahkan positif virus itu, lapor Goal.com.

Sebelum disahkan bebas, Dybala telah menjalani dua kali ujian dan keputusannya adalah negatif.

Keputusan itu akan memerlukan pemain antarabangsa Argentina itu menjalani tempoh kuarantin di rumahnya sebelum menjalani latihan terhad bersama rakan sepasukan di Vinovo.

“Saya tidak pernah terfikir akan terlepas berlatih dan beraksi jangka masa panjang seperti ini.

“Apa yang saya mahu hanya kembali berlatih, bertemu dengan rakan sepasukan dan sekurang-kurangnya menyentuh bola kerana menjalani latihan di rumah adalah tidak sama,” katanya sebelum ini. – MalaysiaGazette