SEOUL – Bintang sayap Tottenham Hotspur Song Heung-min akhirnya menamatkan khidmat tentera mandatori tiga minggu di Korea Selatan.
Pemain pujaan Liga Perdana Inggeris itu turut memenangi anugerah sebagai peserta terbaik musim ini.
Pegawai tertinggi Korea Selatan berkata, pemain kebangsaan berusia 27 tahun itu cemerlang dalam kemahiran menembak dan muncul terbaik daripada 157 pelatih yang mengambil bahagian dalam latihan menembak itu.
Heung min pulang ke tanah airnya pada Mac lalu untuk menjalani pemulihan keretakan pada tangan sementara musim EPL digantung disebabkan koronavirus 2019 (Covid-19).
Semua pemuda di Korea Selatan wajib melengkapkan khidmat tentera sebelum mencapai usia 28 tahun.
Son menerima pengecualian menjalani khidmat tentera mandatori selama 21 bulan selepas membantu Korea Selatan menang Sukan Asian 2018.
Dia hadir ke majlis konvokesyen pada Jumaat di Marine Corps di Pulau Jeju selatan negara tersebut.
Khidmat tentera yang diikutinya termasuk latihan menembak, kemahiran bayonet menguji keupayaan teori menggunakan pistol jarak jauh, kemahiran peperangan individu dan latihan kecemasan.
Son menerima hadiah Pilsung yang merupakan antara lima hadiah terbaik, lazimnya dianugerahkan kepada peserta terbaik khidmat tentera.-MalaysiaGazette