Home Utama Maszlee tolak jawatan MARA

Maszlee tolak jawatan MARA

Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik menolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARA Corp., anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditawarkan kepadanya.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, beliau mahu fokus membantu rakyat khususnya di dalam kawasannya menghadapi cabaran akibat wabak Covid-19.

“Saya percaya, apa-apa sahaja bentuk lantikan adalah amanah dari rakyat, dan harus pulang kepada rakyat. Kepentingn rakyat adalah paksinya dan bukannya keuntungan peribadi.

“Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

“Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

“Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Maszlee, beliau yakin banyak pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhan MARA dan banyak lagi yang boleh dikembangkan agensi itu.

“Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Mereka sangat-sangat perlu dibantu,” ujarnya lagi.

Semalam, MARA dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang dilantik sebagai Pengerusinya baharu manakala Maszlee dilantik sebagai Pengerusi Jawantankuasa Penasihat Mara Corp berkuatkuasa 15 Mei ini.

Menyertai Ahli Parlimen Simpang Renggam itu ialah empat ahli yang terdiri daripada Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Datuk Ab Rakib Ahmad, Datuk Ahri Hashim dan Dr. Shahridan Faiez.- MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Apa dah, main tangkap serbu sahaja lantik orang, tidak tanya dulu ke dia hendak ke tidak atau dia malu-malu kucing, mula-mula kata hendak lepastu tak nak.

  2. Malangnya dr maszlee yang terpaksa menolak jawatan dan kepercayaan Presiden Bersatu. Beliau sebenarnya tidak sayang dan mahu perjuangkan nasib bangsa nya. Lebih rela menjadi alat t7nggangan oengerusi partinya yanf sekaeang ini telah terbongkar rahsia kleptokrasinya bersama bekas menteri kewangan. Bon jepun dia makan berdua. Orang lain sokonh buta

Comments are closed.