Home Nasional Netizen kecewa rayuan BPN ditolak gara-gara SSM

Netizen kecewa rayuan BPN ditolak gara-gara SSM

Pengumpul barangan terpakai mengayuh basikal roda tiga di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 27 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Ada dalam kalangan warganet meluahkan rasa kecewa kerana rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ditolak atas alasan yang tidak munasabah bagi mereka.

Bantuan berkenaan adalah inisiatif kerajaan berikutan pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia di pelbagai peringkat termasuk pelajar, peniaga dan lain-lain lagi.

Tinjauan ke atas Facebook mendapati antara alasan rayuan ditolak adalah kerana pasangan pemohon turut mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sedangkan perniagaan dijalankan adalah kecil-kecilan dan tidak aktif.

Tetapi ada juga pasangan yang ada SSM tetapi dapat BPN.

Bagi rakyat status bujang, ada yang sepatutnya dapat RM800 tetapi dapat RM500 sahaja.

Ada juga yang lulus dan sudahh dapat ketika peringkat pertama, tetapi tidak lulus untuk pusingan kedua kerana ada SSM.

Menerusi hantaran FB milik Iqbal Ikhwandy, berpendapat rayuan ditolak kerana SSM dilihat tidak adil kerana:

1) Mempunyai rekod daftar syarikat / perniagaan tidak semestinya perniagaan tersebut aktif

2) Pasangan pun belum tentu dapat Geran Khas Prihatin (GKP).

3) Kalau pasangan dapat GKP pun, itu khusus untuk perniagaan dia. Takkan nak ambil RM3000 GKP tu untuk tampung perbelanjaan dapur rumah pula sebab tak dapat BPN?

Sehubungan itu, beliau meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia menyemak semula kriteria kelayakkan supaya tiada yang tercicir.

“Sistem perlu ditambahbaik. Orang yang betul-betul memerlukan tidak dapat, dah merayu pun tak dapat lagi.

“Tetapi dalam masa yang sama, orang yang tak mohon dan yang kita tahu tidak memerlukan BPN tapi tersenarai sebagai penerima pula.

“YBM Tengku Zafrul mohon semak semula sebab YAB Perdana Menteri dah kata ‘no one will be left behind’.

“Dalam analogi Mak Cik Kiah, Mak Cik Kiah meniaga pisang goreng pun dapat BPN. Adakah ini bermakna:

A) Mak Cik Kiah meniaga tanpa daftar SSM?

Ataupun;

B) Mak Cik Kiah daftar SSM tapi masih dapat BPN?

Senario yang paling ideal adalah Senario B, itu pandangan Iqbal Ikhwandy.

Sementara itu beberapa bekas pekerja Utusan Malaysia yang ditamatkan perkhidmatan berikutan penutupan operasi syarikat itu turut meluahkan perasaan kecewa kerana mereka tidak mendapat BPN walaupun dalam keadaan tidak mempunyai sebarang pekerjaan sekarang.

Bekas pekerja berkenaan yang masih menunggu bayaran pampasan serta tunggakan gaji juga melahirkan rasa sedih kerana BPN yang dikatakan tidak meminggirkan sesiapa ternyata kini tidak memihak kepada mereka. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Saya sedih tak dapat BPN disebabkan isteri ada SSM. Ini sama sekali tak masuk akal sebab pendapatan isi rumah tak boleh disamakan dgn SSM yg ada malah isteri saya langsung tidak aktif cuma memiliki SSM.

  2. Lain kali daftar lh lg dgn ssm tu, klu prmalas nk berniaga tak pyh nak daftar dgn ssm…jgn slh kn krjaan ya…slh diri sendiri…kdang2 puak2 menipu buat permohonan..

  3. Entah la aku pon tak tahu berbelit belit cerita ni.. Org bujang ada ssm jual air balang tepi jalan. Bila pkp 2 bln tak bole niaga… Ade ke tak dpt bpn… Pelik lak bunyi nye
    Laki bini yg keje 8 k tu dapat pulak.. Aniaya org ke

  4. Ni sekor hadi ni. Jual tepi jalan tu bukan byk sgt pendapatan. 20 hr niaga.. Masa pkp ni tak niaga.. Aku byr cukai pendapatan tau tak.. Tak kan duit cukai aku nk bg kat kau kot

Comments are closed.