Home Utama RM1.7b untuk permohonan baharu, rayuan BPN

RM1.7b untuk permohonan baharu, rayuan BPN

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.

Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai hari ini melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my/.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi mereka yang layak, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei 2020.

”Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion).

”Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan telah membuka permohonan baharu dan rayuan BPN dari 1 hingga 30 April 2020 bagi
memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah pun selesai
membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini, tambah Tengku Zafrul. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TERIMA KASEH TENGKU…SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT DAN SEMOGA EKONOMI MALAYSIA KEMBALI KUKUH DI BAWAH PENTADBIRAN SEKARANG. ..SERTA ALLAH MENGEKALKAN PEMERINTAH PN SEHINGGA TERUS MAJUJAYA….AAMIIN YA RABB..

Comments are closed.