Home Politik UMNO, BN diuji sekali lagi – Ahmad Zahid

UMNO, BN diuji sekali lagi – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) kusyuk berdoa bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa bersabar dalam perjuangan politik yang dilalui dan ditempuhnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan BN telah melalui pelbagai ujian sejak penubuhannya sehingga hari ini.

Menurutnya, parti tersebut dan komponannya diuji sebagai pembangkang selama 22 bulan dan sepanjang tempoh itu menyedarkan UMNO dan BN supaya menghargai sebuah perjuangan, setiakawan dan nilai perjuangan.

Dalam tempoh tersebut, katanya, UMNO dikurniakan hikmat terbesar dengan terbentuknya Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas, sekali gus membuka lembaran baharu politik tanah air.

”Melalui MN persefahaman dibentuk, diserasikan, diseimbangkan dan penyatuan dibina secara berperingkat-peringkat sehinggalah termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September tahun lalu

”Ketika itu rakyat merasai dan melihat MN bukan sahaja persefahaman dan ta’awun siyasi antara UMNO dan Pas tetapi MN adalah medium penyelesaian terhadap permasalahan politik tanah air.

”Saya yakin Muafakat Nasional akan terus subur dan diperteguhkan kerana MN adalah agenda ummah yang melangkaui agenda kepartian dan kepentingan,” katanya di sini.

Dan, ketika ini UMNO, BN dan MN sekali lagi diuji berada di dalam kerajaan dan menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas 22 bulan berada di luar kerajaan.

”Saya menganggap ini adalah ujian yang berat yang perlu diharungi bersama dan memerlukan pengorbanan. Sama ada kita menganggap ini adalah peluang yang tidak boleh dipersiakan atau sebaliknya. Saya yakin ini merupakan takdir yang Allah berikan kepada kita dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

”Apakah kita mampu menempuhi ujian ini? Bersandarkan kepada pengalaman politik UMNO, BN dan MN mampu mengharunginya selagi kita ‘Menghayati Perjuangan Parti’ terus istiqomah, mujahadah, sabar dan teguh pendirian di landasan perjuangan melebihi kepentingan diri. Sabar dan teguh pendirian juga antara faktor kemenangan,” katanya.

Meskipun Ahmad Zahid tidak menyatakan secara terperinci kenyataan itu, namun ia dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik dalam negara.

Ia susulan usaha untuk membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membawa usul membuktikan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, sekali gus melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, usul itu ditolak.

Tetapi, Speaker Dewan Rakyat menerima usul yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir untuk meminta undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Speaker berkata, usul yang dikemukakan 4 Mei lalu tertakluk di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Peraturan mesyuarat 27(3) menyatakan sebarang usul hendaklah dikeluarkan tidak kurang daripada 14 hari, kecuali usul yang dikeluarkan atas kapasiti menteri, maka memadai usul itu dikeluarkan dalam tempoh masa tujuh hari.

Usul berkenaan dibawa oleh Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dan bekas Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Wak susun betul2 …. minta ampun dgn Allah, manusia tak lari dari kesalahn. Tapi kalau kesalahn demi kesalahn itu takbur dgn Allah, atau mmg Allah nak tunjuk takde yg kekal selamanya…

  2. In shaa ALLAH… Ikhlaskn niat/nawaitu itu dgn menjadikan ISLAM itu di hadapan/belakang/kiri dn kanan kita maka pasti usul undi tidak percaya oleh tun itu tidak memperolehi sokongan ahli yg mencukupi…
    In shaa ALLAH… tawakkal dn Yakin dgn IZINANNYA..

  3. Saya rasa kagum dgn sifat rendahdiri dn keinsafan dr dato seri zahid serta para pemimpin yg bermuhasabah diri dari kekalahan bn dlm pru14 lalu…
    Amat Mulia keperibadian muslim yg insaf dn memohon keampunan dari kesilapan yg lalu disisi ALLAH SWT…

  4. Kau yang keji.kerana.merampas kuasa dan.meruntuhkan rumah tangga PH dengan.Perancangan Dan Pertemuan sulit.yang engkau orang.buat bersama geng pengkhianat.yang busuk.hati.dan geng engkau orang yang mabuk dan terdedak kuasa. Setelah kejahatan kau berjaya aku lihat muka kau lah yang tersenyum lebar dan angkuh. Padan lah myka kau jika Tun M buat undi tak percaya kpda PM pengkhianat dan durhaka.

Comments are closed.