Home Sukan Watford kelab ketiga EPL bantah cadangan sambung semula saingan

Watford kelab ketiga EPL bantah cadangan sambung semula saingan

Watford kelaab ketiga EPL membantah cadangan meneruskan semula baki saingan EPL musim 2019/20 Jun ini. mengambil kira ancaman Covid-19.

LONDON – Watford muncul sebagai kelab terbaharu yang membantah cadangan meneruskan semula baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Brighton dan Aston Villa merupakan dua kelab yang menentang cadangan yang dianggap mengancam nyawa pemain dan kakitangan bola sepak.

Mereka kesal dengan sikap dan kecenderungan EPL yang mahu meneruskan saingan yang digantung spada 13 Mac lalu tanpa mengambil kira statistik terbaharu korban Covid-19 di United Kingdom sebanyak 32,000 kes.

Watford yang menduduki tangga ke-17 liga juga menentang cadangan memulakan permainan di stadium berkecuali.

Watford dan dua kelab lagi mendakwa format untuk menyambung semula baki sembilan perlawanan hanya memberi faedah kepada kelab empat teratas liga yang mana Liverpool akan menang liga manakala tiga lagi akan bersaing untuk slot Liga Juara-Juara Eropah.

“Bagaimanapun ramai yang tidak mahu mengambil kira pendapat kelab di bawah dan perasaan kami mengenai kesihatan pemain,” dakwa kelab itu.

Jerman akan memulakan saingan Bundesliga pada 16 Mei ini manakala Perancis, Itali,Belanda dan Belgium telah membatalkan liga masing-masing tanpa pasukan juara atau pasukan tersingkir.-MalaysiaGazette