Home Nasional BPN: Jangan janji bulan, bintang jika batu sungai pun tak mampu nak...

BPN: Jangan janji bulan, bintang jika batu sungai pun tak mampu nak beri

Penduduk dan peniaga beratur panjang untuk melakukan ujian saringan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid- 19 di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wirawati Putra Malaysia mencadangkan agar kerajaan meneliti semula pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tanpa perlu “ditapis-tapis” seolah-olah kerajaan tidak ikhlas membantu rakyat.

Setiausahanya, Nurhafizah Jamalludin berkata, BPN yang diumumkan kerajaan tempoh hari adalah bantuan sara hidup sesebuah keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawaan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun katanya, apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri iaitu ‘tiada siapa ketinggalan’ seolah-olah retorik apabila apabila terdapat rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan tidak tersenarai sebagai penerima BPN dengan alasan tidak munasabah.

“Boleh rujuk dokumen yang dimuat naik oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“Antara alasan yang paling banyak menjadi persoalan adalah tidak layak kerana pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nurhafizah Jamalludin.

Nurhafizah berkata, BPN merupakan bantuan yang boleh dipohon oleh sesiapa sahaja yang melepasi syarat-syarat ditetapkan dan ia sepatutnya berbeza dengan Geran Khas Prihatin yang dijadikan suntikan kepada syarikat-syarikat yang terkesan dengan PKP ini.

Katanya, berdasarkan tinjauan di laman sosial terdapat rakyat Malaysia yang menerima BPN pada fasa pertama yang lalu walaupun mereka berdaftar dengan SSM.

“Bagaimana data-data ini diuruskan?

“Ia menimbulkan tanda tanya terutama kepada mereka yang berstatus tidak layak dan mempunyai SSM sedangkan ada sebahagian yang layak menerimanya.

“Bagaimana keciciran ini boleh berlaku?

“Bagaimana pengurusan data raya ini boleh terbahagi sedangkan mereka mempunyai status yang sama?” soalnya.

Sama kesnya seperti pemberian elaun barisan hadapan (frontliners) yang turut tular di laman sosial kebelakangan ini apabila ada yang memuat naik tangkap layar bahawa permohonan elaun perlu mengikut karenah birokrasi yang rumit dan panjang, ujarnya.

“Cukuplah kerajaan terdahulu cakap tidak serupa bikin dan sentiasa memberi harapan palsu yang akhirnya mengecewakan rakyat dan golongan kurang berkemampuan.

“Wirawati Putra juga berharap semoga pihak kerajaan lebih telus, adil dan ikhlas membantu rakyat dalam tempoh yang sukar ini.

“Rakyat amat memerlukan pertolongan dari kerajaan, bantulah seikhlasnya. Jangan menjanjikan bulan dan bintang jika batu sungai pun tak mampu nak beri,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Ada yang tidak aktif SSM mohon bantuan Gerak kerja dan juga BPN, bagi lah yang betul-betul memerlukan. Golongan B40 M20 yang hilang pekerjaan hanya dapat 1 sahaja bantuan, ini lagi menyedihkan.

  2. WIRAWATI….APA YG DIA BUAT DIANGKAT JD WIRA…SEMUT PUN X BOLEHBJADI DI PARLIMEN…SUDAHLAH ORG SEMUA TAHU PUTRA X KEMANA ADA HATI NK KOMEN MENJATUHKAN ….PORRRAH….

  3. Sikit2 salahkan kerajaan. Tengok negara India, tengok negara Indonesia tengok negara2 lain yg sama standard dgn negara kita. Ada kerajaan negara2 tu bantu rakyat dgn BPN, tabung makanan dsb. Jgn hanya tahu mengkritik ajer. Sumbangan apakah yg telah kita berikan kepada negara masa COVID19 .

  4. COVID 19 NI LUAR BIASA…CARA NAK BANTU BPN TAK KENA GOLONGAN SASARAN YANG MANA HAMPIR SEMUA RAKYAT HILANG PUNCA PENDAPATAN….ADA KE BANTUAN DISALUR BERDASARKAN REKOD LHDN PEMBAYAR CUKAI..SITU DAH TAK BETUL….YG BAYAR CUKAI NI GOLONGAN STABIL PADA ASALNYA..RAKYAT MARHAIN YG SUSAH BAYAR CUKAI PUN TAK SEBAB TAK LAYAK UTK BAYAR CUKAI…ABIS TU MANA ADA REKOD DGN LHDN…BENDA BASIC MACAM TU MENTERI KEWANGAN X BOLEH FIKIR KE

  5. Salam .Macam2 komen yang diberikan seolah2 kita ni bijak sama macam MP @ Menteri2 baru.Masa luar kerajaan, cakap sahaja pandai.Bila dah pegang jawatan,jadi tunggul.Sikit2 kerajaan yg disalahkan, kerenah birokrasi dan sikap sesetengah pemohon pun tak tanya ke ?

  6. Contoh…ada kah makcik kiah dapat bpn
    Tapi niaga tak de ssm? Paham tak
    Maksud nya ada kah makcik kiah niaga ada ssm
    Tp dapat gak bpn…

  7. Setuju patut jgn terlampsu rigid hanya kerana bawa grab ada ssm. Sekurangnya lulus satu je ikut jumlah pendapatan samada layak b40, m40 dan bujang. Ini semua kes pentadbiran sejak dari zaman jebon lagi. Pasei tu rakyat tak puas hati. Patut sprm dan audit siasat juga senarai lulus kaktgan lhdn samada melibatkan sedara dan orng yg mereka kenal.

  8. Assalamualaikum,
    Kepada cik hafizah,pandangan en utk beri BPN secara terbuka tidak sesuai kerana dlm masyarakat ada yg kaya dam miskin,
    Tentang penolakan BPN,pula sya rasa ada yg tidak lengkap dng dokuman atau lainya,
    Kerajaan masih benarkan rayuan dibuat utk semakan semula,
    terima kasih,
    Syarif yacob.

Comments are closed.