Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berkuatkuasa sehingga Selasa ini disambung sehingga 9 Jun iaitu selama empat minggu lagi atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bermakna, semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun ini.
Jelas beliau, sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
“Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Kalau PM yang dulu dibodoh kan dan dimalaskan sahaja rakyat. Tidak pernah untuk merendahkan diri untuk meminta maaf kepada rakyat, rasa dirinya sahaja yang sempurna.