Home Utama 1 kematian, 70 kes baharu

1 kematian, 70 kes baharu

Petugas KKM membuat saringan kesihatan ke atas peniaga dan penduduk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-49 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2020

PUTRAJAYA – Terdapat satu kes kematian hari ini daripada pesakit positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-109 itu direkodkan di Hospital Kuala Lumpur .

“Kes kematian itu merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati. Ia merupakan kes ke-6657,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 5,113 kes atau 76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 70 kes baharu yang telah dilaporkan, yang mana 31 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah
sebanyak 6,726 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,504 kes.

Tambah Noor Hisham, sehingga kini, sebanyak 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

+ posts