KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menimbang semula saranan untuk membenarkan ziarah Aidilfiti dengan had maksimum 20 orang dalam sesebuah rumah.
Menurut seorang perunding perubatan, Dr. Rafidah Abdullah, saranan tersebut adalah untuk memastikan jarak sosial yang selamat.
Bagaimanapun, bukan semua rakyat memiliki rumah yang sangat besar untuk menampung 20 individu dalam satu-satu premis dan dalam masa yang sama mempraktikkan penjarakan sosial.
“Sanggupkah anda menjadi pembawa penyakit (yang mungkin anda kutip dari rumah orang lain) dan jangkitkan orang yang menerima kunjungan anda?
“Elok-elok mereka sihat, dapat jangkitan – jadi tenat dan menghadapi risiko kematian?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dengan itu Dr. Rafidah mencadangkan supaya rakyat Malaysia supaya berhari raya di rumah sendiri sahaja dan jika berada di dalam satu negeri dengan ibu bapa dan keluarga mertua, ziarah boleh dilakukan dengan tempoh yang tidak lama sebelum pulang ke rumah sendiri.
Katanya, sekiranya tuan rumah membenarkan untuk diziarahi, mereka perlu melaksanakan operasi prosedur standard (SOP) sendiri iaitu dengan membuat saringan di pintu pagar dengan bertanyakan simpton, kontak dan memerika suhu badan tetamu.
Tuan rumah juga harus menyediakan penutup hidung dan mulut dan memastikan setiap tetamu membasuh tangan di pintu masuk rumah.
“Jika tiada SOP ketat, baik kunci sahaja rumah itu. Tak payah beri sesiapa masuk.
“Ini adalah notis yang saya cadangkan anda tampal diluar pintu rumah anda dan ibubapa anda,” tegasnya.
Tambah Dr. Rafidah, para petugas barisan hadapan sangat mengharapkan kerjasama semua rakyat untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan aktiviti ziarah Aidilfitri bukan caranya. – MalaysiaGazette
Setuju..bolih tapi diperketatkan…
#kitajagakita
Kematian Ops sikap lebih tinggi dari Covid-19, kerajan sudah buat SOP untuk rakyat berhari raya, maka berlajar berdisiplin patuhi SOP. Kita kena terima hakikat virus ini telah tinggal bersama dengan kita mungkin untuk selama-lamanya sebagaimana Wuhan juga menerima kes baru walaupun sebelum ini dikatakan sudah tiada, yang penting rakyat amal kebersihan dan penjarakan sosial.
Rasanya 5 – 6 org sdh memadai kerana risiko amat besar jika ramai yg berkumpul..rakyat perlulah fhm dan akur kenapa kerajaan memberi guide line tersebut kerana ianya semata2 utk keselamatan bersama..jgn terlalu ghairah utk beraya sehingga merisikokan org lain..kita patuh setiap arahan kita pasti menang dan kelak kita boleh bergembira bersama seperti sediakala..Aamiin Ya Allah