Home Nasional Rayuan BPN bermula hari ini hingga 31 Mei

Rayuan BPN bermula hari ini hingga 31 Mei

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket penipuan yang menggunakan nama pegawai lembaga itu bagi membuat perolehan serta pembelian aset daripada syarikat perabot.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR- Pemohon yang gagal mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula hari ini sehingga 31 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, agensi tersebut bersama Kementerian Kewangan bersetuju untuk memberi peluang kepada pemohon-pemohon BPN yang gagal untuk membuat rayuan.

Para pemohon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berkaitan bagi membolehkan kerajaan menimbang semula permohonan masing-masing.

Rayuan boleh dikemukakan melalui emel [email protected] atau mengunjungi mana-mana cawangan LHDN.

“Data yang digunakan oleh LHDN adalah untuk memproses permohonan adalah berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data percukaian.

“Ia sebagai tambahan kepada maklumat terdahulu yang diperolehi daripada pemohon Bantuan Sara Hidup.

“LHDN juga melakukan semakan-silang menggunakan data daripada agensi-agensi yang telah dilantik bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar,” katanya dalam satu program televisyen hari ini.

Tambahnya, golongan yang boleh membuat rayuan adalah individu yang ditolak permohonannya keraja gaji melebihi RM4,000 atau RM8,000 sebulan serta individu yang sumber pendapatannya terjejas atau telah diberhentikan kerja setakat Mac 2020.

Selain itu, individu yang kematian pasangan atau baharu bercerai atau kawin juga boleh mengemukakan rayuan. – MalaysiaGazette