Home Nasional Halang kaki lima, MPAJ kenakan 44 tindakan terhadap premis perniagaan

Halang kaki lima, MPAJ kenakan 44 tindakan terhadap premis perniagaan

Anggota penguatkuasaan MPAJ memunggah barang-barang yang dirampas ke dalam lori ketika operasi penguatkuasaan berikutan terdapat premis-premis yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) Selangor. Foto: Facebook MPAJ

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 tindakan dikenakan terhadap premis perniagaan yang menghalang kaki lima di sekitar Ampang Jaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkatam premis-premis terbabit melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) Selangor.

“Operasi yang dijalankan ini melibatkan 28 premis (yang membuat kesalahan).

“Secara keseluruhan, sebanyak 44 tindakan diambil termasuk menyita, mengenakan kompaun terhadap pemilik premis dan merampas lesen perniagaan,” demikian menurut kenyataa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di Facebook.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerahkan sumbangan 288 pek keperluan susu bayi kepada penduduk Pangsapuri Angsana di USJ 1, Subang khususnya golongan berpendapatan rendah (B40).

MPSJ menerusi laman sosialnya berkata, sumbangan termasuk kepada warga asing bagi meringankan beban mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan PKPB. – MalaysiaGazette