MELBOURNE – Niaga hadapan minyak naik dalam dagangan hari ini, dipacu oleh komitmen Arab Saudi untuk menambah jumlah pengurangan bahan bakar itu pada bulan Jun.
Komitmen yang tidak dijangkakan itu bertujuan menangani kejatuhan harga minyak dalam pasaran global disebabkan pandemik koronavirus.
Niaga hadapan Brent naik pada paras tertinggi kepada AS$30.11 setong dan meningkat 0.8% atau AS$0.24 lepada AS$29.87 pada 0206GMT, selepas merekodkan kerugian pada sesi sebelumnya.
Penanda aras susut kepada AS$1.34 pada hari Isnin.
Manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) naik 1.6% atau AS$0.38 kepada AS$24.52 selepas mencapai paras tinggi AS$24.77 setong.
Arab Saudi memaklumkan semalam akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari pada bulan Jun, kepadda 7.5 juta tong per hari, turun hampir 40% dari bulan April.
“Pengurangan pengeluaran ini memberikan galakan kepada anggota OPEC dan sekutu-sekutunya untuk mematuhi dan bahkan menawarkan pengurangan tambahan secara sukarela bagi mempercepatkan tindakan mengimbangi semula pasaran minyak global,” kata Stephen Innes, Ketua Strategi Pasar Global di AxiCorp.
Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait komited untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 180,000 tong lagi. – MalaysiaGazette