Home Seni Hidup PKPB: FDAM mahu sesi penggambaran dibenarkan

PKPB: FDAM mahu sesi penggambaran dibenarkan

Ahmad Ibrahim

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) membuat permohonan agar kerajaan membenarkan para penggiat seni menjalani penggambaran bermula minggu ini.

Malah menurut Presidennya, Ahmad Ibrahim yang terlibat pihak produksi bersedia untuk mematuhi kesemua SOP yang ditetapkan.

“Salam KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) / KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) / MKN (Majlis Keselamatan Negara) / MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Kami penggiat seni nak shooting minggu ini. Kami bersedia dan akur dengan SOP yang ada. Mohon kelulusan,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu pada 9 Mei yang lalu Ahmad Ibrahim atau Mat London menyuarakan keluhannya apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang bermula 4 Mei yang lalu memberi kelonggaran kepada sebahagian besar sektor ekonomi namun tidak kepada penggiat seni.

“Kelonggaran PKP gedung pakaian dan supermarket dibolehkan. Kenapa set pengambaran tidak?” soal beliau.-MalaysiaGazette