Home Nasional Satu maut, lima cedera kemalangan bas, dua kereta di Alor Gajah

Satu maut, lima cedera kemalangan bas, dua kereta di Alor Gajah

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Seorang maut manakala lima lagi cedera termasuk dua penumpang bas, dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan dua kereta di Jalan Kemuning Pulau Sebang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata, mangsa yang maut  dalam kejadian 1.30 petang tadi ialah pemandu Proton Persona Rozila Mamat, 49, sementara mereka yang cedera ialah penumpang kereta tersebut anaknya Yasmin Iszara Baski, 9, dan rakan mangsa, Suraya Suradi, 53.

Beliau berkata, tiga lagi yang cedera ialah pemandu bas terbabit K.Venoshini, 27, dan Husarani A.Sanmugan, 54, dan pemandu Mercedes Benz, Chan Hian Fee, 68, sementara seorang lagi pemandu bas, Zainal Yusof, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati bas terbabit datang dari arah Alor Gajah melalui Hutan Percha menghala ke Tampin, manakala kereta Proton Persona dan Mercedes Benz datang dari arah Tampin menghala ke Hutan Percha.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, bas yang dipandu Zainal telah hilang kawalan sebaik tiba di selekoh Jalan Kampung Kemuning sehingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar Proton Persona yang dipandu Rozila, sehingga kereta tersebut berpusing.

“Proton Persona tersebut kemudian telah dilanggar kereta Mercedes Benz yang dipandu Chan. Rozila disahkan meninggal dunia kejadian, manakala lima cedera dan seorang lagi iaitu pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, anak dan rakan Rozila masing-masing dibawa ke Hosital Tampin dan mendapatkan rawatan di zon merah dan kuning, manakala dua penumpang bas terbabit dirawat di zon kuning hospital sama.

Katanya pemandu Mercedes Benz yang mengalami luka di dahi dirawat sebagai pesakit luar hospital sama. – Bernama