KUALA LUMPUR – Sebanyak 76 buah rumah dikesan gagal memberi kerjasama untuk keluar membuat saringan Covid-19 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Borong Jalan Othman Petaling Jaya.
Jumlah itu membabitkan 30 buah rumah di Zon A dan 46 di Zon B.
Manakala Zon C telah selesai menjalani ujian saringan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sehingga semalam, seramai 2,192 orang telah disaring termasuk 1,698 warga negara dan 494 bukan warga negara.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan terlibat agar terus bersabar dan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi terlibat dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Menurut beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat agihan fasa kedua sebanyak 544 bakul makanan, yang mana setiap bakul mampu menampung keperluan empat orang bagi tempoh lima hari. – MalaysiaGazette
“Sebanyak 76 buah rumah dikesan gagal memberi kerjasama untuk keluar membuat saringan Covid-19 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Borong Jalan Othman Petaling Jaya”
bawak pi mahkamah dan dakwa mengingkari penjawat awam dari menjalan tugas..