Home Politik Hala tuju Bersatu semakin kabur – Maszlee Malik

Hala tuju Bersatu semakin kabur – Maszlee Malik

Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Meskipun mempunyai perbezaan dan Pakatan Harapan (PH) berhadapan dengan pergeseran sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih mempunyai hala tuju yang jelas berbanding sekarang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Maszlee Malik berkata, kini timbul tanda tanya tentang masa depan parti itu selepas ia bersama-sama UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menubuhkan kerajaan baharu.

“Sejujurnya saya masih kabur melihat tuju perjalanan parti ini dikala ini. Ketika kita (Bersatu) menjadi komponen penting dalam PH dulu, Identiti kita jelas, orang Melayu berlindung di rumah Bersatu dalam PH sementara kaum lain boleh berlindung di rumah lain dan kita cuba hidup seadilnya yang mungkin (walaupun kadang kala kita tergigit lidah)

“Pergeseran dalaman adalah lumrah politik, persoalannya ialah bagaimanakah kita menguruskan konflik dan perbezaan.

“Apabila Bersatu dibawa keluar dan menyertai PN lewat hujung Febuari yang lalu, saya mula bertanya, masih relevan lagikah identiti yang Bersatu bawa, iaitu untuk menjadi parti alternatif orang Melayu dan menggantikan UMNO?

Masih terpakaikah lagi idealisme yang diperjuangkan selama ini?” soal beliau dalam laman Facebook hari ini.

Maszlee berkata, tujuan Bersatu ditubuhkan untuk menjadi parti untuk Melayu, alternatif bagi UMNO yang sebelum ini ditentang seolah-olah tidak lagi relevan selepas kerjasama dijalinkan.

“Jika Bersatu akhirnya hanya mengikut arus yang sama, mula bercampur dengan mereka yang membawa budaya politik yang dulu kita berikrar untuk perangi, apologetik dan merasa tak bersalah pula bersama dengan mereka yang pernah kita kalahkan kerana kerakusan wang dan kuasa yang jelas berlaku di depan mata, di manakah lagi rasionalnya keperluan parti kita untuk orang Melayu.

“Akhirnya orang Melayu, anak muda, generasi masa depan yang mempunyai harapan untuk melihat budaya politik baharu, seakan kelam dan hilang,” menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Ketua Bahagian Bersatu Simpang Renggam itu mendakwa budaya yang diperangi, parti yang diperangi kembali mendominasi urus tadbir negara.

Apatah lagi ujarnya individu yang terpalit dengan skandal projek tenaga solar di Sarawak kini dilantik menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sayang sekali perbicaraan kes itu tidak dapat diselesaikan sebelum PH jatuh. Hari ini watak yang terlibat secara langsung dengan projek tenaga solar tersebut mendapat jawatan sebagai pengerusi GLC (yang juga berkaitan dengan ‘tenaga’).

“Sekiranya ada agamawan pernah berkata lantiklah menteri-menteri Kabinet yang bersih agar menjadi hujah yang kuat kepada kerajaan yang tertubuh, sekarang bagaimana pula dengan pelantikan watak-watak begini dalam GLC-GLC? Adakah ada hujah agama lain yang perlu disandang untuk menjustifikasikan tindakan ini? Jika ada saya teringin membacanya,” jelas beliau.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa 12 Mei 2020.

Perlantikan Mahdzir itu bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 Mei lalu.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Pendidikan yang dikaitkan dengan skandal projek tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Pooodahhh lah…yg kat PH tu kes rasuah Rafidah Aziz yg bertahun Kit Siang duk melalak tu apa citer?? Kes terowong Guan Eng yg gugur kes sebelum bicara apa hal? Kes Shafie Apdal rasuah siap engkar arahan mahkamah lantik manusia terpalit rasuan ketuai agensi kerajaan Sabah cam mana?? Ko ni manusia paling hipokrit lah Mazlee..ko ni sumbangan akademik pun tak da..cakap perasan bagus…ko dgn si Sadiq tisu sama jer perasan bagus…

  2. Apakata kita cadangkan supaya YB kosongkan kerusi MP SIMPANG RENGGAM untuk adakan pilihanraya kecil. Nak twngok kali ni YB boleh menang tak. Kalau berani lah. Sebab YB ni lagak macam malaikat dan tak macsm manusia. YB ingat Pengerusi tua kutuk yang menjadi idola YB tu yang raja kleptokrasi dan penyangak macam dewa kayangan Si Kitol tu suci sangat. Raja fitnah tang hebatlah dia tu dan gila kuasa. Kalau YB tak berani tinggalkan saja politik hipokrit ni. Jom kita byat pilihanraya kecil. Kami penyokong tegar UMNO cabar……kosingkan jerusi dalam masa terdekat ni. Sombong dan bongkak!!!

  3. Yb, BN kalah bkn sbb kerakusan mereka, tp kerakusan YB dan teman2 seangkatan, yg bijak menabur fitnah, provokasi yg mencetuskan panik dan kemarahan rakyat dan janji2 manis. Bila sudah menang, lain pula jadinya. Apa kata YB dan teman2 seperjuangan muhasabah diri, fikir apa yg telah YB lakukan. YB dan teman2 seangkatan yg mengajar rakyat utk ambil apa sahaja kerajaan beri pada masa itu, tetapi undi diberi kpd PH. Ajaran songsang!

  4. duduk depan cermin la mazle oii..
    ko dlu dalam ph hanya jd kayu,sama mcm geng2 ko termasuk atok,
    semuanya kayu,barua n bodoh,
    masa segala aset2 negara kena lelong ngan menteri paling bodoh,ko pegi mana???
    masa aset2 milik tabung haji kena lelong ngan menteri mujahil,ko pegi mana???
    skrg ko xpyh nk ckp byk,
    tol simpang renggam yg ko janji nk hapuskan dulu pun ko xboleh nk tunaikan,
    lagi mahu bising,
    ko bukannya xnampak yg negara haru biru,hancur,jahanam bila geng2 ko yg bodoh perintah,
    cukup2 la mazle oii..
    cukuplah ko dgn geng2 ko termasuk atok jek yg bodoh jd barua,
    rakyat pun da mula bukak mata sape ph sebenarnya..

  5. Dari awal penubuhan nya pun tahu kabur, kalau Pengerusi dan Presiden selalu tersasul memuji UMNO. Lihat balik kebelakang.

  6. Ko ingat ko cakap kat astro masa baru baru jadi menteri … Love, happiness n mutual respect..tiga teras murni yg ko nak terapkan pada anak bangsa. Cakap macam ketam.. Your statement berbau hatred, happiness ok lah ko senyum je but not mutual respect. Mahdzir Khalid tu orang kena tuduh(OKT) KE? Dah tersabit di mahkamah ke? Ko sendiri tak respect ourLaws, tak respect orang lain dengan menfitnah. How are you going to assimilate benda2 murni nie kat anak2 kami sebab hang pun cakap tak serupa bikin… Jasa ko cuma kasut hitam jelah. Cer try test kosong kan kursi ko… Kita buat pilihanraya kecil. Kita tengok sekarang ini senyum ko tu laku tak

Comments are closed.