Home Ekonomi Jumaat tarikh akhir kemuka permohonan GKP

Jumaat tarikh akhir kemuka permohonan GKP

Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Tarikh akhir permohonan Geran Khas Prihatin  (GKP) ialah pada 15 Mei ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

LHDNM akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei 2020 dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka dibuat pada hujung bulan Jun 2020, katanya.

Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial  – MalaysiaGazette