Home Seni Hidup Netizen marah telur penyu dijual dalam talian

Netizen marah telur penyu dijual dalam talian

KUALA LUMPUR- Penjualan telur penyu melalui sebuah platform e-dagang telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Umum mengetahui penyu adalah spesis yang semakin pupus bagaimanapun penjualan telurnya masih tidak diharamkan.

Di beberapa bahagian negeri di Malaysia, memakan telur penyu adalah satu perkara yang biasa.

Setakat ini, hanya telur penyu belimbing sahaja yang dilarang dijual.

Menurut Persatuan Konservasi Penyu Malaysia, pengendali platform e-dagang tersebut, Shopee perlu bertanggungjawab menapis pelanggan mereka bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Ya Allah! Musim PKP ini lah di mana banyak ibu penyu naik mendarat. Tapi jenis kita ni, nak je jual/beli semua telur penyu. Tak kisah lah, samada penyu hidup atau pupus. Biar makan dulu. Kami harap @ShopeeMY menapis pelanggan mereka. Jangan sampai diboikot nanti. @DOF_Malaysia,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Warga net juga menzahirkan kemarahan mereka di atas sikap tidak bertanggung jawab peniaga tersebut dan melancarkan kempen boikot terhadap Shopee.

“Orang Malaysia mengutuk China memakan kelawar, tikus dan binatang pelik lain tetapi mereka sendiri menikmati lemang periuk kera dan memakan telur penyu,” kata seorang pengguna Twitter, King Shammy.

Carian MalaysiaGazette di laman web Shopee mendapati produk yang mengandungi kata kunci telur penyu sudah tidak kelihatan.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

+ posts

1 Komen

Comments are closed.