Home Ekonomi Jalaluddin Alias dilantik Pengerusi UDA

Jalaluddin Alias dilantik Pengerusi UDA

Datuk Seri Jalaluddin Alias

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Bhd. berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

“Beliau juga pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan).

“Kami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu UDA dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan,” kata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette