Home Dunia Perintah darurat di 39 wilayah di Jepun ditarik balik

Perintah darurat di 39 wilayah di Jepun ditarik balik

Jepun masih menutup sekolah ekoran penularan wabak koronavirus sejak Mac lalu. foto Agensi

TOKYO – Jepun dijangka menarik semula perintah darurat bagi 39 daripada 47 wilayahnya pada hari Khamis.

Bagaimanapun, Tokyo dikecualikan daripada perintah itu sehingga penularan wabak koronavirus dapat dibendung.

Ekonomi ketiga terbesar di dunia mengisytiharkan darurat di seluruh negara sebulan yang lalu, mendesak warga negaranya untuk mengurangkan kontak sebanyak 80% dalam usaha memperlahankan kadar jangkitan baharu dan meredakan tekanan pada perkhidmatan perubatan.

Kerajaan Jepun akan menilai kembali situasi ini pada pertengahan Mei.

Deklarasi tersebut memberi kuasa tambahan kepada gabenor-gabenor untuk memerintahkan penduduk berada di dalam rumah, sekolah dan perniagaan ditutup tetapi tidak ada hukuman untuk mereka yang tidak patuh.

Beberapa perniagaan yang tidak penting di kawasan yang dilanda wabak Covid-19 dibuka secara berperingkat-peringkat.

Jepun telah melaporkan 16,100 kes coronavirus yang disahkan, tidak termasuk dari kapal persiaran yang sebelum ini dikuarantin di Yokohama dan merekodkan 696 kematian setakat ini. – MalaysiaGazette

+ posts