Home Utama Polis siasat dakwaan Menteri Hal Ehwal Agama langgar PKP

Polis siasat dakwaan Menteri Hal Ehwal Agama langgar PKP

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah memulakan siasatan berhubung laporan yang diterima dari beberapa individu terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan hari ini mengesahkan mnerima laporan tersebut dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut termasuk merakam percakapan pengadu. .

“Report (laporan) ini ada diterima dan Kertas Enkuiri Polis (KEP) telah dibuka untuk tujuan siasatan awal.

“Manakala keterangan pihak lain akan diambil setelah mendapat arahan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya.

 

Salinan laporan polis oleh seorang pengadu yang tular dalam media sosial mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri melanggar PKP sepanjang musim Covid-19 pada Mac dan April lalu.

Laporan polis itu dibuat oleh seorang pengadu di Balai Polis Bandar Baru Bangi namun namanya dikaburkan.

Pengadu berkenaan mendakwa pada 2 Mei 2020 jam 10.15 malam dia terbaca dalam media sosial Facebook atas nama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  yang memuat baik pelbagai berita mengenai aktiviti yang dilakukannya sebagai menteri agama.

Dakwanya hasil pemerhatiannya secara teliti mendapati beberapa aktiviti menteri itu melanggar PKP yang diumumkan kerajaan termasuk turun sendiri menyampaikan pertukaran pegawai kanan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) pada 31 Mac 2020 dan bergambar dengan pegawai berkenaan.

Pengadu dalam laporan itu juga mendakwa pada 13 April lalu, Menteri Agama sekali lagi dilihat memanggil kenalannya Datuk Dr. Fathul Bari dan lain-lain dengan mengadakan mesyuarat dan bergambar di pejabatnya tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Maah pada 14 April juga menteri agama berkenaaan didakwa memanggil kenalannnya Dr. Rozaimi Ramli, Dr. Ahmad Kamil Jamilin, Dr. Fathul dan lain lain untuk bermesyuarat di pejabatnya dan aktiviti berkenaan didakwa dipaparkan melalui facebook menteri berkenaan.

Zulkifi juga dalam laporan itu didakwa menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang Asli di pedalaman Terengganu dan dilihat mengadakan kenduri bersama pegawainya yang mana semua aktiviti berkenaan dipaparkan secara terbuka menerusi Facebook beliau.

Pengadu menyifatkan kesemua tindakan menteri berkenaan itu adalah satu perlanggaran serius PKP dan mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ini lh sesetegah rakyat mlysia, bodoh sgt…bnda yg baik ko buat bgaikn bnda tu haram, benda yg haram ko buat mcn bnda tu baik sgt2..pasa kilang arak beroperasi masa pkp, ada puak2 ni buat lporan polis?? Lu fikir lh sndiri..

Comments are closed.