TERKINI : ‘1MDB’ Anak Tiri Najib Lepas Tanpa Bebas

KUALA LUMPUR – Riza Shahriz Abdul Aziz yang ketika ini sedang berdepan dengan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilepas tanpa bebas oleh Mahkamah Sesyen.

Riza juga merupakan anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan dengan lima pertuduhan penyewelengan dana 1MDB.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad membuat keputusan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.