Home Politik Kemelut politik Kedah: ADUN Perikatan Nasional tutup mulut

Kemelut politik Kedah: ADUN Perikatan Nasional tutup mulut

Seramai 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada PAS, UMNO dan Bebas tiba di Wisma Darul Aman di sini bagi menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada Perikatan Nasional (PN) termasuk dua wakil rakyat bebas, Azman Nasruddin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) yang dilaporkan menghadap Sultan Kedah pagi tadi mengunci mulut masing-masing berhubung pertemuan berkenaan.

Memetik laporan Malaysiakini, kesemua ADUN yang selesai menghadap Sultan Kedah hari ini tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media.

Ia disahkan Ketua Pembangkang Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata ‘kena zip mulut hari ini’,” kata laporan berkenaan.

Pertemuan berlangsung jam 9.15 pagi tadi di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan sedang menghadap Sultan Kedah di Wisma Aman, pada 4.30 petang tadi.

Beliau turut ditemani beberapa ADUN yang masih menyokong bagi mengadakan pertemuan kedua dengan Sultan Kedah. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

19 ADUN menghadap Sultan Kedah pagi ini