KUALA LUMPUR – Talian Hasil Care Line (HCL), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang bermula 17 Mei ini.
Bahagian Komunikasi LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pengoperasian bagi talian itu untuk sebarang urusan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
Namun, sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi HCL disingkatkan setengah jam iaitu sehingga pukul 4.30 petang sahaja.
Orang ramai yang mempunyai urusan dengan LHDN diminta melayari portal rasmi agensi di bawah Kementerian Kewangan itu di www.hasil.gov.my atau memuat turun borang maklum balas pelanggan pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; – MalaysiaGazette