Home Nasional Lebih 12 warga asing disyaki kontak rapat

Lebih 12 warga asing disyaki kontak rapat

Warga asing yang disyaki kontak rapat dua kes positif Covid-19 dibawa keluar menaiki bas di kawasan kawalan secara pentadbiran di sekitar Pudu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid - 19 di Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Lebih 12 warga asing disyaki menjadi kontak rapat kepada dua warga asing yang didapati positif Covid-19 di Kawalan Secara Pentadbiran Pudu hari ini.

Mereka dikenalpasti sebagai kontrak rapat itu selepas menjalani  ujian saringan pada pagi tadi.

Menurut sumber, kontak rapat itu duduk serumah dengan pesakit positif Covid-19 itu di Jalan Landak, Pudu.

Kesemua mereka dibawa keluar daripada kawasan tersebut dengan dua bas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Rumah kedai berkenaan bertentangan dengan Kompleks Plaza Pudu di Jalan Landak namun pusat membeli belah itu tidak terlibat dengan sekatan Covid-19 di Jalan Pudu.

Pasukan pegawai kesihatan dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) tiba ke lokasi seawal pukul 8 pagi dengan tiga van kesihatan dan memulakan proses saringan pada 9.30 pagi. – MalaysiaGazette