Home Dunia Covid-19: Singapura catat 465 kes baharu, Thailand tiada kes baharu, kematian

Covid-19: Singapura catat 465 kes baharu, Thailand tiada kes baharu, kematian

Gambar hiasan

SINGAPURA/  BANGKOK- Singapura mencatatkan 465 kes baharu Covid-19 hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan kes di negara tersebut adalah 27,356, kata Kementerian Kesihatan.

Hampir keseluruhan kes baharu adalah terdiri daripada pekerja asing yang tinggal di dalam dorm.

Empat lagi adalah penduduk tetap, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Thailand merekodkan tiada kes baharu atau kematian akibat Covid-19 hari ini apabila negara tersebut mula membuka semula perniagaan dan melonggarkan perintah pergerakan.

“Hari ini ada dua kosong. Terima kasih semua rakyat Thailand yang memberi sepenuh kerjasama,” kata jurucakap Pusat Pentadbiran Covid-19, Taweesin Wisanuyothin.

Ini merupakan hari kedua sejak 9 Mac negara berkenaan melaporkan tiada kes baharu harian.

Esok, Thailand akan membenarkan semua gedung membeli-belah untuk dibuka semula.

Ia juga memendekkan tempoh perintah berkurung selama satu jam kepada 11 malam ke 4 pagi dan 10 malam ke 4 pagi.- Agensi