Home Nasional Gagal pamer harga, 3 pemilik premis di Ampang dikompaun RM1,000

Gagal pamer harga, 3 pemilik premis di Ampang dikompaun RM1,000

Seorang pegawai KPDNHEP memeriksa tempat penjualan ikan di sebuah premis di Ampang yang tidak mempamerkan tanda harga. Foto: Facebook KPDNHEP Selangor

KUALA LUMPUR – Tiga pemilik premis perniagaan di Ampang masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,000
kerana didapati gagal mempamer dan menyelengara tanda harga terhadap barangan yang dijual.

Ketiga-tiga mereka dikenakan denda serta-merta dan tindakan itu diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 susulan pemeriksaan pegawai penguat kuasa pejabat KPDNHEP cawangan Kajang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan manakala pengguna perlu merancang perbelanjaan agar tidak melakukan pembelian panik,” kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menerusi kenyataan di Facebook.

Justeru, kementerian itu mengingatkan peniaga supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik serta mematuhi peraturan dan undang-undang.

Turut dimaklumkan pemeriksaan di sekitar Kajang dan Bangi mendapati barangan keperluan asas serta pelitup muka adalah mencukupi. – MalaysiaGazette