Home Utama Kematian baharu Covid-19 libatkan kakitangan KKM

Kematian baharu Covid-19 libatkan kakitangan KKM

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Sebanyak 73 kes wabak Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah didiscaj adalah sebanyak 5,512 kes atau 80.2 daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis melibatkan seorang wanita warganegara berusia 53 tahun.

“Beliau merupakan seorang kakitangan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) di Sabah namun telah bercuti sakit disebabkan barah.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas pada 5 Mei disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei pukul 1.30 petang,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham lagi, sehingga pukul 12 tengahari hari ini sebanyak 17 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,872 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,247 kes.

Tambah beliau, daripada jumlah kes baharu itu, enam kes adalah import manakala 11 kes adalah penularan tempatan yang melibatkan lima bukan warganegara.

Sehingga kini beliau berkata, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawatr di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut lima kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.