Sebanyak 73 kes wabak Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah didiscaj adalah sebanyak 5,512 kes atau 80.2 daripada jumlah keseluruhan kes.
Menurut Noor Hisham lagi, sehingga pukul 12 tengahari hari ini sebanyak 17 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,872 kes. Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,247 kes.