Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 yang tertinggi dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dengan jumlah kes sebanyak 77.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia kemudian diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes) dan Sabah (26 kes).
“Sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif Covid-19 di kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.