Home Politik ARMADA persoal gabungan PN

ARMADA persoal gabungan PN

Armada

KUALA LUMPUR – Adakah Perikatan Nasional (PN) adalah gabungan yang dipersetujui untuk berganding bahu untuk PRU-15 ataupun gabungan yang sementara sahaja?

Itu persoalan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia ingin kepastian mengenai mengenai memorandum persefahaman yang dipersetujui oleh sebahagian partinya, Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

“ARMADA juga ingin mendapat penjelasan sama ada semua kerusi ahli asal Bersatu, kumpulan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang asalnya UMNO kemudian menyertai Bersatu dan kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang asalnya PKR yang kemudian menyertai Bersatu tidak akan dipertandingkan oleh mana-mana parti komponen dalam PN seperti yang dijanjikan sebelum gabungan ini terbentuk?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Paling mustahak, soal ARMADA adakah PN akan bergerak secara rasmi ataupun masih lagi menggunakan gabungan lama Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini?

“Ini adalah persoalan yang wajar diterangkan kepada akar umbi semua parti dalam PNl. ARMADA akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam memastikan kepentingan Bersatu sentiasa dijaga,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Enam parti sepakat sokong PN, MoU dirangka fokus lima matlamat utama