ALOR SETAR – Datuk Mukhriz Mahathir menggambarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pembawa watak protagonis sebenar dalam usaha menggulingkan beliau dari jawatan Menteri Besar Kedah pada 2016 dan sekarang ini.
Beliau mendakwa, tindakan Najib itu tidak lain tidak bukan bertujuan melepaskan dirinya dari tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.
Anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut mengaitkan apa yang berlaku sekarang dengan krisis politik pada 2016 di mana beliau juga terpaksa meletakkan jawatan Menteri Besar di negeri jelapang padi itu.
“Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datangnya dari Presiden Bersatu melalui Dato Seri Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu – iaitu Dato Sri Najib Razak.
“Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk melepaskan dirinya dari tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal-skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia,” dakwanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang kepercayaan di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Menurut Mukhriz, pada 2016 beliau telah dipaksa berundur oleh Najib kerana tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap kes penyelewengan dan rasuah berkaitan 1MDB dan sebagainya,
“Maka saya telah dipaksa undur apabila ADUN-ADUN BN diarah menarik sokongan daripada saya. Ketika itu, hanya saya seorang yang digulingkan, manakala BN terus kekal sebagai kerajaan.
“Kali ini pula, bukan hanya saya sahaja, tapi seluruh Kerajaan PH Kedah dijatuhkan. Yang menerima tamparan sebenar ialah rakyat Kedah yang telah memilih PH untuk mengganti BN pada PRU-14 tahun 2018 dulu.
“Kini, yang menang menjadi pembangkang, dan yang kalah jadi Kerajaan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Kerajaan Pintu Belakang atau Tebuk Atap,” katanya.
Untuk menguatkan dakwaannya itu, Mukhriz merujuk kes anak tiri Najib iaitu Riza Aziz yang dilepas tanpa dibebas oleh Mahkamah Sesyen KL Jumaat lalu yang disifatkan sebagai petanda bahawa kes-kes jenayah yang dihadapi Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan.
“Lihat saja apa sudah jadi kepada kes pengubahan wang haram yang melibatkan anak Rosmah Mansor, iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenayah itu.
“Mungkin pelepasan itu merupakan satu petanda kepada kes-kes jenayah yang dihadapi oleh Najib, Rosmah, Dato’ Sri Zahid Hamidi dan pihak-pihak tertuduh lain dari UMNO. Kita tunggu dan lihat.
“Hanya dengan satu kes di mana anak Rosmah dilepaskan, satu dunia sudah tahu apabila media melaporkan secara meluas. Malaysia kembali terkenal seantero dunia, angkara pihak yang PH tumbangkan dalam PRU14 dulu.
“Kini mereka kembali berkuasa apabila Muhyiddin buka pintu seluas-luasnya kerana mempertahankan kerusi empuk jawatan Perdana Menteri itu. Itulah nasib negara kita sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette
Hebat DSNR , main Fb ja , mukris tersungkur . Ambil perhatian la mukris , banyak lagi musibah nak mai kat hang , dalam kelemasan mcm ni pun boleh buka mulut fitnah org lagi . Sbb tu la hang tk boleh p jauh sekadar sekerat jalan saja ..hang selalu biul blur ..
Luar biasa DS Najib..duk rumah jer boleh jatuhkan Medey dan boboi..kah kah kah ..nampaknya Medey satu keturunan akan hidup ketakutan dibayangi oleh ‘hantu’ Najib..haaa
Boboi dah ketandusan idea…. Najib jadi punching bag.kalau aku jadi Najib tau le hang …. aku saman boboi atas fitnah
MAHATHIR telah nyatakan P unah H arapan TUMBANG kerana tindakan mereka sendiri diketuai ANWAR yang terus mendesak dan meratib bila nak serah KERUSI PM PADANYA dan ISU-ISU yang banyak menguris hati rakyat termasuk maifesto yang dKHIANATI,HUTANG BARU NEGARA /AGAMA ISLAM/PUTAR BELIT MOORTY……..
Betul tu..DsN tak tahu apa2 tiba2 nama dia nk naik pula..bapa borik anak rintik.