Home Seni Hidup Gara-gara PKP, Mila tanggung kos RM200,000

Gara-gara PKP, Mila tanggung kos RM200,000

Mila pernah jual kek sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Foto Instagram Mila Jirin.

KUALA LUMPUR – Ramai usahawan yang kini terjejas pendapatan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara penularan wabak Covid-19.

Malah banyak perniagaan turut mengalami kerugian dan ditutup operasi.

Turut berdepan nasib sama, penyanyi Mila Jirin yang juga pemilik perancang perkahwinan Bizmilla apabila berdepan detik sukar kerana terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Mila berkata dia tidak sanggup melihat pekerja-pekerjanya hilang punca pendapatan memandangkan mereka juga mempunyai keluarga dan mencari inisiatif lain dengan menjual kek untuk membayar gaji para pekerja.

“Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha-usaha ini membantu serba sedikit,

“Terutama kos pengurusan (gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan.

“Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan,” katanya di Instagram miliknya.

Sementara itu, Juara Akademi Fantasia musim kelima itu bersyukur kerana pekerjanya bersatu hati untuk memulakan akvititi perniagaan bersama syarikatnya.

Tambahnya, idea menghasilkan manisan di bulan Ramadan serta majlis yang diadakan di rumah dicetuskan oleh para pekerjanya.

“Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji,” katanya popular dengan lagu Persis Mutiara.

Wanita berusia 32 tahun itu menambah, meskipun kos operasi dan pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan namun dia tetap berfikiran positif untuk berjuang bersama pekerjanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yg motong getah lagi tekesan dgn harga bawah paras rm2 1 kg dgan hujan satiap hari itu pun klu kebun sendiri byag kan yg pawah dgn orng…adoi tuhan je yg tau.buat masa pkp hidup betul2 mengharap kan bantuan dari yg ada simpati je.tuhan masih sayang kan hamba nya di hantar nya org2 yg berkemampuan untuk menolong insan2 yg daif.

Comments are closed.