Home Sukan Jersi nombor 11 buat Dembele

Jersi nombor 11 buat Dembele

Mmoussa Dembele.

LONDON – Nombor jersi yang sesuai untuk Moussa Dembele kini mula menjadi spekulasi sekiranya penyerang itu menyertai Manchester United pada musim depan.

Sportsmole melaporkan, Dembele dikatakan telah mencapai kesepakatan untuk berpindah ke Old Trafford selepas beraksi bersama Lyon sejak tahun 2018.

Ketika itu, Lyon membayar pemain antarabangsa Perancis itu dengan nilai perpindahan €2.2 juta dari Celtic selepas dua musim bersama kelab Scotland itu.

Sebelum bersama Celtic, Dembele yang berusia 23 tahun bermain untuk kelab Inggeris, Fulham.

Dembele menunjukkan prestasi yang baik dengan Lyon pada musim pertamanya apabila dia menjaringkan 15 gol dalam Ligue 1.

Pada musim kedua, daripada 27 perlawanan, bekas pemain pasukan kebangsaan Perancis U-21 itu telah menjaringkan 16 gol.

Beberapa media Britain telah melaporkan United dan Dembele telah mencapai persetujuan peribadi dengan harga €61.2 juta pada musim depan.

Namun yang menjadi persoalan nombor jersi yang mungkin digunakan Dembele di United

Bersama  Lyon, Dembele menggunakan jersi nombor 9 iaitu nombor yang sesuai untuk pemain di barisan serangan.

Terdapat beberapa nombor penting yang masih kosong di United seperti nombor 7 dan 11 namun berita yang beredar nombor 7 telah disediakan untuk Jadon Sancho yang menjadi sasaran utama United.

Dembele dijangka akan menggunakan nombor belakang 11 yang mempunyai beban yang cukup besar kerana telah digunakan oleh pemain lagenda Ryan Giggs selain Anthony Martial. – MalaysiaGazette