Home Politik Muhyiddin mungkir janji, Hamzah jadi kingmaker

Muhyiddin mungkir janji, Hamzah jadi kingmaker

A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memungkiri janji kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari lalu untuk menjadikan parti itu sebagai induk dalam Perikatan Nasional (PN) dengan penyingkiran bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir hari ini.

Salah seorang Ahli MPT parti itu, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, dalam mesyuarat tersebut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berjanji untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan berpindah kepada campuran tetapi masih dalam kerajaan yang dipimpin oleh parti itu.

Jelas beliau, jika ketika pemerintahan PH, Menteri Besar dan Exco Bersatu dihormati dan berpengaruh, hari ini mereka tidak lebih daripada melukut di tepi gantang dibuli oleh UMNO.

“Tengok sajalah apa yang berlaku di Perak dan Melaka. Perwakilan Bersatu hanyalah untuk ambil syarat saja.

“Pas yang kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah dalam PRU 2018 kembali berkuasa di negeri itu dengan izin dan ihsan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

“Maka dengan itu hilanglah sebuah lagi negeri yang diterajui oleh Menteri Besar dari Bersatu. Negeri pertama yang menyingkirkan MB Bersatu adalah Johor, negeri Muhyiddin sendiri,” tulisnya di laman Facebook miliknya hari ini.

Kadir yang juga Tokoh Wartawan Negara 2011 menambah, selepas dua bulan setengah menumbangkan kerajaan PH melalui proses yang tidak demokratik, apa tinggal daripada Bersatu hanyalah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, yang berkuasa dan menentukan agenda serta naratif kerajaan dan menguasai saluran komunikasi adalah panglima-panglima perang UMNO dengan sekutu mereka dalam Muafakat Nasional iaitu Pas.

“Kesimpulannya, manakala Muhyiddin berjaya memenuhi cita-cita terpendamnya untuk menjadi Perdana Menteri, Mohamed Azmin Ali berjaya menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri dan Hamzah Zainuddin berjaya menjadi kingmaker Bersatu menjadi pemain biola nombor tiga dalam kerajaan PN yang tidak pun diiktiraf oleh Umno dan Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. xfaham..aku A Kadir Jasin ni… kalo ikutkan.. banyak je org BERSATU dlm kabinet PN…apa lagi yg x puas hati.. UmNo yg dominan pun.. xmnyalak mcm ko lah… helllo… pakcik..patutnya pikir pasal kebajikan rakyat..waktu covid-19.. ni..ko masih pkir lg pasal kedudukan politik ko

  2. Sama la kau ni dgn atok nyanyuk n mamat mimpi nak jadi PM tu..
    Susah2 la kadiq oiii..p la ajak kwn2 kamu tu berhemti memecah belahkan melayu kita

  3. Biasanya Anjing mesti akan ikut cakap tuan dia. Apa Anjing buat itu adalah bayangan tuannya lah. Ini otai mass medialah. Tapi satu hari kita akan mati jugak dan Malaikat Mungkar dan Nangkir tak baca surat khabar….

    Lihat kenyataan beliau, almaklum… Tuan dia we know who.. Sinar Harian… 16Jan2019
    KUALA LUMPUR – Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, di sini, hari ini berhubung tulisannya mengenai pertabalan Sultan Kedah, 30 Oktober tahun lalu.

  4. Bersatu dah bagi peluang kpd datuk mukhriz untuk bekerjasama dgn PN (sepertimana matlamat bersatu keluar PH) tapi mukhriz yg x nak bekerjasama. Nak juga duduk dgn DAP. apa2 jadi jgn salahkan TSMY pula. Hang yg degil x nak ikut persatuan. Sapa suruh buat perangai.

  5. Is guy is a hardcore crony and follower of Mahathir. He never says anything about DAP and its enmity towards the Muslims in Malaysia. When the government was selling assets accumulated during BN rule in Malaysia, he did not protest LGE, Mahathir dan Mujahid. Because of the silence of the Muslims leaders and ministers in the PH government, big amount of assets from TH was sold. I guess their idea was to bring down the Muslim economy. But God is great. All of a sudden and unexpectedly PH fell and was replaced by PN. Thank God, this brought great relief to the Muslims. I hope, one day the government should bring to justice whose who were responsible in selling the assets in PH .

Comments are closed.